Jumaat, 2009 Disember 11

LINTAS LANGSUNG KE LOCENGWANGSA ...

Assalamualaikum, saya amat bersetuju dengan Abg Rahman Hashim. Bagi saya, episod terkinja-kinja yang diarahkan dan dilakunkan sendiri oleh MP Wangsa Maju-PKR memberi penanda aras bahawa beliau dalam keadaan 'gubra' kalau tidak silap dalam peringkat 'gaban'.


Pengunjung 'Locengwangsa' yang budiman pasti meyakini peribahasa tinggalan nenek moyang kita dahulu... 'Kalau tiada angin masakan pohon bergoyang'... MP Wangsa Maju-PKR sudah pasti menyedari bahawa jentera PRU12nya yang lepas sudah melewati tahap 'sokongan yang menopos'.


Maka benarlah siulan ramai bahawa, 'Langit itu sememangnya tidak selalu cerah'...


Kali ini 1WANGSAMAJU sudah sedia maklum bahawa keupayaan MP Wangsa Maju-PKR untuk mempertahankan majoriti 150 ekor ikan bilis tersebut pasti berada dalam zon keraguan mentelah lagi ramai dari pengundi WCK dahulu tersanagat-sangat mengalu-alukan kelibat YBhg Dato' Dr Haji Mohd Shafei Abdullah dalam realiti pembelaan nasib rakyat yang berpanjikan UMNO.


Dalam lain perkataan, undi semakin menjauhkan diri dari MP Wangsa Maju-PKR.


Abg Rahman dan jentera Locengwangsapun pasti maklum dengan taktikal buruk MP Wangsa Maju-PKR yang suka-suka hati mencantas setiap komen yang beliau tidak sukai ataupun yang menjejaskan nama beliau sejak mula menang nasib 150 undi dalam PRU12.


Dalam situasi yang berlainan, MP Wangsa Maju-PKR juga pernah disoal tentang dasar pemberian bantuan beras yang hanya memerlukan bukti kad pengenalan sahaja lantas diterjah atas nama sistem penyampaian yang lebih bersesuaian dituntut namun bagaikan mengharap buah yang tidak gugur, segala penantian tetap mekar dan masih berterusan hinggalah ke saat ini.


Teknik mengalih pandangan rakyat tatkala diri sendiri dihimpit tekanan 'gaban' juga menjadi SINONIM kepada perjuangan MP Wangsa Maju-PKR...


AKHIR KATA 'KOKOK' SAHAJA BERDERAI-DERAI NAMUN EKOR TETAP DIPALITI 'TOT' ...

Selasa, 2009 Disember 08

MANIFESTO MP WANGSA MAJU - PKR SUATU KETIKA DAHULU:

Wee menyarankan:


1. Mendesak Dewan Bandaraya supaya memperbaiki keadaan trafik.

(Walaupun, tidak jelas trafik di mana, namun, situasi terakhir - KANTOI)


2. Mendesak polis bagi pihak rakyat supaya meningkatkan keselamatan dengan berkesan di Wangsa Maju.

(Situasi terakhir - KANTOI kerana kadar jenayah semakin meningkat sejak MP Wangsa maju - PKR bertugas)


3. Mendirikan pentadbiran Bandaraya dengan adil dan telus.

(Situasi terakhir - Mungkin beliau maksudkan dengan pentadbiran DBKL yang setakat ini memang adil dan telus tanpa kerahsiaan kepada rakyat dalan skop kerja yang dibenarkan)


4. Mendesak Datuk Bandar patut dipilih oleh rakyat.

(Situasi terkini - sehingga kini jawatan tersebut masih di bawah lantikan kerajaan)


5. Berusaha menjadikan kawasan Wangsa Maju sebuah Bandar yang bersih, aman dan damai.

(Situasi terkini - sehingga kini Wangsa Maju masih tidak bersih mana, tidak aman dari ancaman peragut dan sebagainya dan tidak damai)


MAT SIRAT - SARANAN RAKYAT AGAR YB WEE MENJAGA SKOP TUGASAN BELIAU DENGAN SEBAIKNYA, JANGAN MUDAH 'GUBRA' DENGAN KEMUNCULAN PEMIMPIN BARU, JANGAN TAKUT DENGAN BAYANG-BAYANG SENDIRI DAN JANGAN MENUDING JARI KEPADA BERKEMUNGKINAN SAINGAN ANDA DALAM PRU13 NANTI TANPA BUKTI YANG KUKUH...

KAWAN-KAWAN SEKELIAN, SEKARANG SIAPA YANG TIDAK ’PERFORM’?

JAGALAH WANGSA MAJU SAMPAI AKHIR PENGGAL DENGAN SEBAIK-BAIKNYA...

Isnin, 2009 November 23

CUBAAN MP WANGSA MAJU - PKR YANG MEMESONGKAN LAGI...

P/S - JIKA ANALISA INI DIJAWAB DALAM BLOG http://weechookeong.wordpress.com/ PASTI IANYA AKAN DIPADAMKAN OLEH MODERATOR (ATAU MP HIMSELF):


ANALISA PEMESONGAN FAKTA:

1. Objektif Kementerian Kewangan telah diberikan dengan cara yang amat membingungkan dan mencurigakan sekali kerana penulib blog telah merekodkan bahagian a, d dan e sahaja. Apakah yang telah terjadi kepada bahagian 'b' dan 'c' (dalam warna oren). Elemen disengajakan atau 'tidak disengajakan' oleh MP yang HANYA menang 150 undi itu (PRU13 nanti tak tahulah teman nasib kome) amat membingungkan bukan sahaja pengundi atas pagar namun pengundinya juga.


2.
Tiada perincian statistik yang menyokong makluman MP Wangsa Maju - PKR (dalam warna florusent) tentang bilangan internet cafe di Wangsa Maju, bilangan internet cafe di Wangsa Maju yang menawarkan judi, bilangan internet cafe di Wangsa Maju yang tawarkan judi kepada pelajar, bilangan internet cafe dan waktu operasinya sekali. 'Presentation' ala hentam keromo seperti itu sudah lapuk ditelan zaman.

Saya amat yakin dan percaya penyokong anda juga turut mempersoalkan isu tersebut namun tidak mengeluarkannya di blog anda takut-takut postingnya akan dipadamkan oleh kakitangan anda.

Terpulanglah, itukan hak saudara YB Wangsa Maju.

2. (Seperti yang digambarkan dalam tulisan
merah) Ada di kalangan pengundi Wangsa Maju berpendapat nama YBhg Dato' Dr Hj Mohd Shafei Abdullah sejak kebelakangan ini memang tidak pernah lekang dari bibir YB Wangsa Maju. Nama Setpol Menteri Kewangan yang juga digambarkan sebagai de facto Datuk Bandar Wangsa Maju (diberikan oleh MP sendiri tanpa diketahui motifnya barangkali kerana gelabah pra PRU13 agaknya).

Benarlah pesanan orang tua-tua bahawa kekalutan kekadang memakan diri sendiri, menunjukkan salah yang lain termasuk penyokongnya sendiri (jika tidak dalam PRU12 lalu tentulah majoritinya bukan 150 sahaja).

Jika digunakan teknik menunjukkan kesalahan orang lain (yang gunakan ibu jari), satu jari menghala ke luar dan mengenai sesiapa tetapi beliau lupa bahawa 4 jari lain erat menunjukkan kepada diri beliau sendiri tanpa disedari.

Apakah beliau menyalahkan dasar kerajaan yang tidak peka kepada garis panduan operasi siber cafe ataupun dengan mengaitkan nama Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju itu, secara tidak langsung menurut salah seorang bekas penyumbang undi majoriti 150 itu bahawa MP WANGSA MAJU TELAH, MASIH DAN AKAN GERUN TERHADAP PERANAN DATO' DR HAJI MOHD SHAFEI ABDULLAH YANG BEGITU BERKESAN MEMULAKAN CETUSAN KESEDARAN BN DAN JUGA ATAS PAGAR TENTANG KETIDAKBERKESANAN MP WANGSA MAJU YANG SEDIA ADA... WELL, MP MUNGKIN HANYA MEMANDANG KEPADA NAMA DATO' PIE SAHAJA NAMUN BELIAU SAMA SEKALI TIDAK MENJANGKAKAN TENTANG ANCAMAN TSUNAMI POLITIK YANG AKAN BELIAU LALUI DALAM PRU13 NANTI...

Kritik dasar kerajaan atau kritik 'potential threats'...

Mungkin beliau telah membaca buku Blue Ocean Strategies tetapi bukan itu caranya... fundamental tetap fundamental, idealisama tetap idealisma, persoalan terhadap dasar cuma ditokok dengan asam garam menyalahkan orang lain...

Bak kata arwah Ahmad Nisfu, "APA ADA KENA-MENGENA AKU DALAM INI CERITA...".

APA PULA PANDANGAN ANDA?


SISIPAN DARI BLOG WEE CHOO KEONG:

Perbahasan Peringkat Jawantankuasa Mengenai Dengan Bajet Terhadap Kementerian Kewangan pada 19 November, 2009: Timbalan Menteri Berjanji IJN Tak Akan Diswastakan.

Datuk Pengurusi

Saya bagun untuk mengambil bahagian dalam perbahasan peringkat Jawantankuasa mengenai Kementerian Kewangan di bawah Maksud Bekalan B 10, 11 dan 12, Butiran 010100 (Pengurusan Am), 12000 Institut jantung Negara dan 020800 (Pemberian Khas kepada Wilayah Persekutuan) dan 02100 (KL International Airport Bhd).

Saya igin merujuk kepada Objektif-Objektif Kementerian Kewangan mengenai dengan Pengurusan Am di bawah (a) Memastikan perkhidmatan sokongan diberikan kepada bahagian-bahagian di Perbendaharaan untuk membolehkan bahagian-bahagian ini menjalankan operasinya dengan lancar dan sempurna; (d) Memastikan dasar Kerajaan untuk mengawal dan mengurangkan perjudian dilaksanakan dengan berkesan; dan (e) Memastikan dasar prosedur dan peraturan kewangan serta program/aktiviti diuruskan secara ekonomik dan berkesan serta memebri khidmat kepada agensi-agensi di bawah Kementerina Kewangan.

Internet Cafe – Online Perjudian

Datuk Pengurusi,

Sedia dimaklum bahawa di Wangsa Maju dan saya percaya di suluruh negara ada banyak cyber cafe telah dibuka dengan tujuan untuk pelangannya memain games, surfing di internet dan sebagainya. Saya terdapat banyak aduan dari ornag awam khasnya ibu bapa bahawa ada banyak internet cafe telah beroperasi sehingga pagi atau 24 jam untuk online perjudian. Saya juga terdapat banyak aduan terhadap anak murid yang berunifom pun dibenarkan masuk dalam internet cafe tanpa kawalan. Saya telah mengadu melalui surat rasmi kepada pihak DBKL tetapi DBKL memberi alasan bahawa ia tidak boleh mengambil apa-apa tindakan dalam perkara ini kerana tiada undang-undang khas mengawal aktiviti dalam cyber cafe yagn terlibat dengan online perjudian atau membuka sehingga pagi atua 24 jam dan membenarkan anak murid di dalam internet cafe. Dalam perbincangan antara Ahli-Ahli Parlimen dengan Datuk Bandar Kuala Lumpur awal tahun 2009, saya telah menimbulkan perkara ini dengan Datuk bandar KL dan beliau menjelaskan bahawa DBKL tiada kuasa untuk mengambil tindakan dan Bahagian Perundangan DBKL dalam proses menyediakan satu undang-undang kecil DBKL untuk mengawal aktiviti-aktiviti cyber cafe dan undang tersebut akan diluluskan pada bulan Mac 2009.

Datuk Pengurusi,

sehingga kini saya terdapat undang-undang kecil tersebut belum di sediakan. Walaubagaimanapun, di bawah objektif tersebut Kementerian Kewangan YAB Perdana Menteri (PM) selaku Menteri Kewangan berkuasa untuk mengambil tindakan. Saya telah menyatkan di Dewan Yang Muli bahawa Setiausaha Politik YAB PM selaku Menteri Kewangan, Datuk Sahfie Abdullah, adalah de facto Datuk Bandar Kuala Lumpur dimana dia berkuasa penuh untuk mengarahkan DBKL supaya DBKL tidak mengambil tindakan terhadap struktur haram gerai yang menjejaskan keselamatan awam. Sepatutunya Datuk Shafie mengunakan kuasanya untuk mengarah Datuk Bandar KL untuk mengambil tindakan terhadap cyber cafe yang beroperasi lebih daripada had masanya, membenarkan anak murid jadi pelanganya dan online perjudian. Datuk Sahfie boleh mengarahkan Datuk Bandar untuk menarik balik Lesen Premis inter cafe tersebut supaya mereka tidak boleh menjalan perniagaan mereka. Tetapi Datuk Shafie tidak peduli perkara ini, dia lebih minat untuk mencapurtangan dalam urusan perkhidmatan DBKL.

Saya merayu kepada YAB PM selaku menteri Kewangan untuk mengambil tindak dengan segera untuk berhentikan aktiviti ayng tidak sihat tersebut memgenai dengan cyber cafe khasnya yang membenarkan online perjudian untuk menjaga kepentingan awam.

Institut Jantung Negara (IJN)

Datuk Pengurusi,

IJN telah ditubuh oleh Kerajaan untuk memberi perkhidmatan kepada rakyat. Saya sering membaca berita dalam surat khabar bahawa ada banyak pihak hendak mengambilalih IJN atau mahu menswastakan IJN. Saya amat berharap bahawa YAB PM selaku Menteri Kewangan memberi jaminan bahawa IJN tidak akan diswastakan atau diambilalihi oleh mana-mana pihak.

Hutang Cukai Lapangan Terbang (Airport Tax) oleh Air Asia berjumlah RM65 juta.

Datuk Pengurusi,

Semasa membeli tiket pernebangan semua pelanggan pernebangan mesti membayar Cukai Lapangan Terbang dan cukai tersebut tidak boleh dihutang oleh airlines tetapi Air Asia boleh hutang Cukai tersebut berjumlah RM65 juta. Dalam perkara ini Air Asia adalah satu agen untuk mengutip cukai tersebut bagi pihak MAHB and mesti menyerahkan cukai tersebut kepada MAHB. Kenapakah MAHB membenarkan Air Asia berhutang cukai tersebut tanpa mengambil apa-apa tindakan. Saya berharap YAB PM selaku Menteri Kewangan menjelaskan apakah tindakan akan diambil terhadap MAHB.

Jawapan Timbalan Menteri, YB Senator Datuk Awang Adik,

Kementerian Kewangan akan mengambil tindakan terhadap cyber cafe yang membenarkan anak murid memain di cyber cafe dan online perjudian. (Tetapi beliau tidak menjawab terhadap Datuk Shafie, Setiausaha Politik PM, Datuk Shafie Abdullah) mecampurtangan dalam urusan perkhidmatan DBKL.)

Beliau memberi jaminan di Dewan Yang Mulia bahawa IJN tak akan diswastakan atau diambilalih oelh mana-mana pihak.

Beliau juga memaklumkan bahawa Kementerian Kewnagan akan mengambil tindakan terhadap hutang Cukai Lapangan Terbang berjumlah RM65 juta oleh Air Asia.

Timbalan Menteri Kewangan, Senator Datuk Awang Adek, berjanji bahawa beliau akan mengambil perjhatian terhadap cyber cafe tersebut dan beliau akan mengambil tindakan untuk mengawal aktiviti-aktivi.

10 Responses

  1. Surprised! Air Asia is still owing MAHB RM65 million airport tax until this day. what is MAHB and the Ministry of Finance are doing about this debt.

    Don’t tell me that Mr Political Toll is so powerful to also instruct MAHB not to collect airport tax debt from Air Asia.

    The Ministry of Finance must take action against MAHB for allowing Air asia to owe airport tax when this tax has already been paid in cash by the passengers.

    The PM should look into the activities of his political secretary before this cancer spread into his administration resulting into the rakyat losing confidence in him.


  2. Sepatutnya Datuk Shafie mengarahkan Datuk Bandar KL untuk mengambil tindakan terhadap cyber cafe yang terlibat dengan perjudian online.

    Datuk Safie berminat halangkan tugas DBKL sahaja untuk kepentingan tertentu. Datuk Shafie kerjalah dengan baik menjaga dengan baik pejabat Menteri Kewangan. Dia lebih minat main politik di dalam DBKL untuk …… (tahu sama tahu)


  3. Dalam DBKL semua pegawai tahu bahawa Datuk Shafie adalah defacto Datuk Bandar – lebih banyak kuasa daripada Datuk Bandar. Datuk Shafie pandai mengunakan nama PM merata-rata.

    YB tolonglah check projek-projek yang diawad oleh DBKL???????


  4. No wonder there are so many problems in DBKL which are unsolved until this day. Don’t tell me that the 1Malaysia and “People First” PM is not aware of his political secretary’s activities in dropping his name all over.

    If the PM is unable to look after his own staff in his office, how do you expect him to look after the country.

    If Datuk Bandar continues to allow Datuk Shafie to manipulate his decision or running of DBKL then the KL residents will definitely reject BN in the general elections.

    Datuk Shafie, please carry on manipulating DBKL. We must thank Datuk Shafie for screwing up the image of BN further!


  5. Perhaps Air Asia should consult Datuk Shafie over its airport tax debt. Who know Air Asia does not have to pay because he may be able to instruct MAHB to write off the debt like what he did to Datuk Bandar. He could use the PM’s name and everything goes.


  6. on November 20, 2009 at 10:58 pm Tan from Danau Kota

    I have been complaining to the police and DBKL office that the cyber cafe in the Danau Kota area are opened until morning and some 24 hours. Many of them having online betting. I am glad that our MP has brought up the matter in Parliament.

    Now I know why DBKL and the police dare not take actions. It must be the power of the PM political secretary.

    I hope that he will stop doing all the nonsense in Danau Kota and the residents have to suffer the noise and other problems in the area because of the pasar malam that operates until 4 am. When they finished with clearing up their stalls, it is almost 6 am!

    Mr PM please us peace and move the pasar malam to other area away from residential houses and also control the cyber cafes. The DBKl is just hopeless because they do not care for the people that pay their salaries. The officers are just scared of people like Datuk Shafie Abdullah.


  7. it seems that they are many internet cafes in Wangsa Maju because there are many students population from TAR College.

    It is true that many of them are providing online gambling. DBKl and the Federal Government must take actions to stop online gambling and control the operations of the cyber cafes.

    For a start, I hope that Datuk Bandar will take immediate action to stop such unhealthy activities.


  8. YB, the company known as Evergreen is the one that you should look into if you want to know Datuk Shafie better.


  9. Datuk Shafie should not abuse his power as the political secretary to PM. He should look after the rakyat interests. He should instruct Datuk Bandar to take actions against the cyber cafes that allow online gambling and students to patronise.

    But he is more interested in interfering with the administration of DBKL to protect unlawful activities.

    PM should examine his political secretary activities and take the necessary actions to protect public interests.


  10. The the online gambling in cyber cafe must be stopped immediately. We cannot allow our children to be spoilt by these unscrupulous businessmen.

    The Ministry of Finance and DBKL must take serious actions to stop gambling in cyber cafes.

Rabu, 2009 November 18

FORUM SUARA RAKYAT




Biro Penerangan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Wangsa Maju yang diterajui oleh Ketua Penerangannya, Sdra Wan Shahrul Nizam Wan Othman bersama dengan JASA WPKL dan Gerakan Belia 4B Kawasan Wangsa Maju telah pun mencatatkan sejarah tersendiri apabila berjaya melaksana Forum Suara Rakyat: Sepetang Bersama Pemimpin bertemakan Peranan Pemuda/Belia Dalam Menjayakan 1Malaysia pada tanggal 14 November 2009 di Pusat Aktiviti Belia Wangsa Maju, Seksyen 4, Wangsa Maju dari 3.00 hingga 5.30 petang.

Panel jemputan pada hari tersebut diketuai oleh Y Bhg Dato' Dr Haji Mohd Shafei Abdullah, Setiausaha Politik Menteri Kewangan merangkap Ketua Bahagian Wangsa Maju, Tuan Syed Ahmad Lokman Syed Mansur, Penolong Pengarah Cawangan Geraksaraf, JASA WPKL dan Sdra Mohd Taupik Hussein, Ketua Pergerakan Pemuda UMNOUMNO Bahagian Wangsa Maju. Untuk makluman, majlis forum telah dipengerusikan oleh Sdra Wan Shahrul Nizam.

Pada pandangan saya, program tersebut telah mencetus kesedaran tentang kepentingan 1Malaysia dalam menjana perpaduan dan kemajuan negara. Ianya juga adalah penampan kepada cabaran globalisasi yang tidak pernah mengenal kedaulatan dan juga sempadan sesebuah tanahair.

Menurut Y Bhg Dato' Dr Haji Mohd Shafei Abdullah, 1Malaysia adalah suatu gagasan yang terbina atas dasar perpaduan dan kemajuan negara. Beliau juga berpandangan bahawa prinsip keadilan sosial pula perlu diformulakan dengan kaedah yang adil dan saksama. Contohnya, perlumbaan trek 400 meter memerlukan pengukuran berbeza berlari di landasan sebelah dalam ataupun yang luar. Jesteru, penilaian aspek latar belakang sosio ekonomi adalah kriteria penting dalam memastikan kesinambungan elemen keadilan dalam perlaksanaan konsep 1Malaysia.

Beliau juga menghargai usaha yang dipelupori oleh pihak penganjur dan menyokong penuh agar program seumpamanya diteruskan dari masa ke semasa untuk kepentingan rakyat.

MP WANGSA MAJU DIKEJAR BAYANG-BAYANG KETAKUTAN?

YBhg Dato Dr Mohd Shafei Abdullah
Setiausaha Politik Menteri Kewangan merangkap
Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju


MP Wangsa Maju


Sejak kebelakangan ini, ramai yang resah gelisah dan tidak senang dengan keujudan insan yang dikenali sebagai Dato' Pie, Setiausaha Politik Menteri Kewangan merangkap Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju. Antaranya adalah MP Wangsa Maju - PKR, Wee Choo Keong yang hanya menang PRU12 tahun lepas dengan majoriti 150 undi sahaja melalui undi Pos.

Pada pandangan saya, usaha gigih MP Wangsa Maju - PKR tersebut mengaitkan nama Dato' Pie sebagai 'Mr Political Toll' dan de facto Datuk Bandar Kuala Lumpur adalah senjata makan tuan. MP tersebut yang sering memadamkan komen yang tidak disukai beliau dalam blog perkhidmatannya (komen saya tentang soalan dasar pemberian beras dengan hanya pendaftaran di pejabat MP menggunakan kad pengenalan sahaja) sememangnya bersetuju bahawa Dato' Pie berupaya mengancam kedudukan PKR apatah lagi diri beliau dalam PRU13 akan datang.

Setelah memegang tampuk kepimpinan UMNO Bahagian Wangsa Maju sejak November tahun lepas, Dato' Pie telah berupaya mengurangkan jurang kekurangan perpaduan dalaman UMNO, kini lebih ramai ahli tampil menyokong dan menyertai apa jua program yang diatur olehnya. Beliau juga prihatin di atas penglibatan kelibat sekitar Wangsa Maju dan keadaan ini sebenarnya menggusarkan hati sanubari MP Wangsa Maju - PKR yang sering dipersoalkan dewasa ini.

Oleh kerana itulah Konvensyen PKR WPKL diadakan untuk mengimbangi kelemahan wakil-wakil rakyat pembangkang. Mereka juga mempersoalkan perkara titik bengik dalaman kelambu parti yang bakal menjejaskan peluang mereka nanti.

Pendasaran sesuatu isu perlu diperhalusi agar kita dapat menilai yang mana kelemahan diri sendiri dan yang mana fitnah semata. Pendedahan salahguna kuasa Dato' Pie ke atas DBKL umpamanya adalah jalan pintas MP Wangsa Maju - PKR ke arah penyelamatan dirinya sendiri. Mungkin pagi ini beliau menyangkal akan pertahankan kerusi kerana segalanya ada Bos yang menentukan samada beliau layak pertahankan jawatan ataupun tidak. Risikan beliau juga mengambil jalan pintas apabila nama Dato' Pie meniti dari bibir ke bibir rakyat dan juga pengundi di segenap pelusuk daerah mengundi serta lokaliti. Dengan kaliber sebagai MP Blogger, beliau juga mendapat 'info senang' melalui tentangan serta tanggapan yang sama ke atas Dato' Pie di pesada politik negeri dan nasional.

Semakin besar pengaruh Dato' Pie di mata masyarakat kebanyakan, semakin besarlah darjah fitnah dusta yang beliau perolehi...

Bayangkan angkara fitnah dan irihati, kita dihidangkan dengan juadah negatif ke arah pembentukan positif diri, bangsa dan negara. Jiwa kita dilayan dengan cerita 'sensasi' penyalahgunaan kuasa Dato' Pie dalam bidang DBKL, dan status 'Mr Political Toll' dalam blog MP Wangsa Maju - PKR, lama-kelamaan akan terhakis juga akhirnya walau seteguh mana sekalipun sebelum ini.

JANGAN BIARKAN DIRI KITA SEMUA DISELUBUNGI MISTERI, DIBURU BAYANG-BAYANG SENDIRI ...

JANGAN BIARKAN DIRI KITA DIKUASAI MINDANYA DENGAN SEBARAN FITNAH JAHAT MENGAITKAN UMNO DENGAN DBKL, UNGKAPAN JAHAT 'UMNOPUTRAS' DAN SEBAHAGIAN TEMA 'UMNOPUTRAS DIDAHULUKAN, ...'.

JANGAN MUDAH TERPEDAYA DENGAN PENDIRIAN KENYATAAN PIHAK YANG SENTIASA DIBURU MALAH DIBAYANGI K E T A K U T A N ...

KALAU INGIN MENUMPANG MANDI
PERTAMA TELUK KEDUA PANTAI
KALAU INGINKAN PEMIMPIN DISEGANI
PERTAMA ELOK KEDUA PANDAI

APA PULA PENDIRIAN ANDA?

Selasa, 2009 November 17

ANTARA DUA DARJAT?


Dalam keadaan yang amat terdesak, kita mungkin boleh melakukan kesilapan tanpa disedari. Memang ada kebenaran mutiara kata yang pernah diwariskan oleh generasi masa silam - 'Bumi mana yang tidak ditimpa hujan, lautan mana yang tidak bergelora'.

Tranformasi aplikasi perumpamaan tersebut sememangnya tidak pernah disengajakan namun dalam kebanyakan keadaan ianya adalah disengajakan lantas menjadi WABAK dan TRAGEDI.

Adakah anda sedari bahawa dalam keterdesakan tahap gaban, Majlis Kepimpinan Negeri Parti Keadilan Rakyat (MKN - PKR) WPKL telah cuba membawa anjakan kepada paradigma jentera PRU13nya yang mula menunjukkan simtom-simtom kemerosotan sejak berlabuhnya pelbagai masalah dalaman lingkungan PKR, masalah dalamn lingkungan PR (Pakatan Rapuh) dan banyak lagi pemasalahan yang tersirat.

Agenda utama Konvensyen PKR WPKL malam tadi bertempat di De Palma, Ampang sebenarnya melambangkan ketidaksungguhan MKN PKR WPKL yang memilih lokasi tersebut di luar kawasan WPKL.

Apakah sesuai semboyan dibunyikan di luar kawasan sedangkan penjajaan 'maruah' yang turut disebarkan dalam konvensyen tersebut bahawa selepas PRU12 kerajaan BN telah merampas jawatan Menteri WP dan Kesejahteraan Bandar dari tangan mereka yang memenangi 10 daripada 11 kerusi?

REAKSI MASYARAKAT TERHADAP TAJUK SEBENAR KONVENSYEN - MENGGILAP HARAPAN RAKYAT ATAUPUN MENGGELAP HARAPAN RAKYAT.

ANDA SENDIRI YANG MENENTUKANNYA!

Ahad, 2009 November 15

TEMA KERAMAT


Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan

diyakini akan menjana satu transformasi ketara, kearah sebuah negara Malaysia yang maju, didokongi oleh rakyat yang utuh perpaduan nya dan tinggi mertabatnya pada pandangan dunia.

ASPEK KEDUA: NILAI-NILAI ASPIRASI


Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan Dalam melaksanakan aspek kedua gagasan 1Malaysia, nilai-nilai berikut perlu diberi penekanan:

Budaya Berprestasi Tinggi: Sifat memastikan setiap perkara dan setiap tugas yang dilakukan mencapai tahap yang terbaik. Sikap sambil lewa dan “acuh tak acuh” tidak boleh wujud dalam masyarakat yang berdaya maju.


Budaya Ketepatan: Sebagai rakyat sebuah negara yang berhasrat mencapai status negara maju,rakyat Malaysia perlu dikenali dengan budaya ketepatan, termasuklah menepati waktu dan mengutamakan kecekapan dalam melaksanakan semua tugas dan kewajipan.


Budaya Ilmu: Sesebuah negara hanya akan benar-benar maju dan berjaya apabila rakyatnya memiliki ilmu pengetahuan yang tinggi. Budaya ilmu ialah kecenderungan untuk sentiasa memburu pengetahuan yang terkini dan kesediaan untuk menimba ilmu sepanjang hayat.


Integriti: Rakyat Malaysia perlu memiliki integriti yang tinggi dalam melaksanakan sebarang tugas dan tanggungjawab agar bangsa dan negara sentiasa disegani dan dihormati oleh semua pihak. Integriti merangkumi sifat-sifat amanah, bersih dan cekap dalam melakukan sebarang tugas dan melaksanakan tanggungjawab.


Ketabahan: Ketabahan dalam mengharungi masalah dan cabaran yang mendatang. Rakyat Malaysia seharusnya bersifat tidak mudah mengaku kalah, sebaliknya perlu memiliki keyakinan diri yang tinggi serta semangat juang yang kental dalam apa jua bidang yang diceburi.


Kesetiaan: Kesetiaan sepenuhnya kepada negara Malaysia dan kesediaan untuk berbakti dan berkorban demi negara yang tercinta.


Kebijaksanaan: Ialah cara berhadapan dengan sebarang masalah dengan penuh berhemah dan teliti agar tidak berlaku perkara-perkara yang menyinggung hati dan perasaan mana- mana pihak yang lain.


Budaya Inovasi: Adalah kesediaan kita sebagai rakyat Malaysia untuk mencuba perkara baru dan berinovasi dalam apa jua lapangan yang kita ceburi. Rakyat Malaysia perlu dikenali sebagai individu-individu yang mampu menjadi pemimpin dalam bidang masing-masing. Kita mesti berani berubah untuk kebaikan, berani mencari penyelesaian baru dalam menangani masalah dan sentiasa bersedia untuk menjadi perintis.

ASPEK PERTAMA: TERAS-TERAS PERPADUAN

1. Penerimaan

1Malaysia menekankan sikap Penerimaan di kalangan rakyat berbilang kaum, di mana sesuatu kaum menerima keunikan kaum yang lain seadanya agar dapat kita hidup bersama dalam keadaan saling hormat menghormati sebagai rakyat dalam satu negara. Ia adalah peningkatan ketara dari sikap toleransi semata-mata.

.

2. Prinsip-prinsip Kenegaraan yang berasaskan:

a. Perlembagaan Persekutuan

b. Rukun Negara

.

3. Keadilan Sosial

Semua rakyat Malaysia akan terbela dan tiada mana-mana pihak akan dipinggirkan. Keadilan ini mestilah mengambil kira taraf kemajuan kaum-kaum yang berada pada tahap yang berbeza. Oleh itu, dasar-dasar kerajaan dan peruntukan-peruntukan Perlembagaan yang memberikan pembelaan kepada golongan yang memerlukannya, akan tetap dilaksanakan.

.

Ketiga-tiga Teras Perpaduan ini pula didokongi oleh nilai- nilai murni termasuk nilai-nilai berikut:

.

Hormat-menghormati: Hormat menghormati antara semua kaum termasuk menghormati adat resam serta budaya kaum lain. Rasa hormat ini juga menuntut kita tidak mengeluarkan kata-kata kesat tentang kaum lain dan juga tidak mempersoalkan peruntukan-peruntukan undang-undang yang menyentuh sensitiviti kaum.

.

Rendah hati (Tawadhuk): Rasa rendah hati atau Tawadhuk adalah perasaan insaf bahawa kita semua adalah rakyat dalam satu negara yang sama dan kita perlu hidup bersama secara harmoni. Ia juga merangkumi pengertian bahawa setiap kaum, malah setiap individu ada kelemahan dan kelebihan nya yang sendiri, dan seharusnya kita memanfaatkan kelebihan masing- masing demi untuk memperkukuhkan masyarakat dan negara.

.

Kesederhanaan: Ialah pendekatan sederhana dalam apa jua isu yang berbangkit. Dalam negara bermasyarakat majmuk seperti Malaysia, tindakan atau tutur kata bersifat ekstrem tidak langsung boleh diterima kerana ia boleh membawa kepada masalah ketidakstabilan sosial yang lebih parah.

.

Berbudi-bahasa: Budi-bahasa ialah tuturkata dan tingkah laku yang tertib dan berpaksikan kesantunan dalam segala interaksi dan perhubungan dengan pihak lain bagi menjana kerjasama dan permuafakatan yang lebih erat.


ASPEK-ASPEK UTAMA 1MALAYSIA


Konsep 1Malaysia digagaskan akan terlaksana dalam dua aspek utama seperti berikut:


Aspek Pertama – Penerapan Teras-Teras Perpaduan

Menerapkan teras-teras perpaduan sebagai budaya dan amalan semua rakyat Malaysia. Teras perpaduan ini adalah komponen-komponen asas yang menguatkan semangat bersatu padu di kalangan rakyat berbilang kaum. Teras Perpaduan ini didokongi oleh nilai-nilai murni yang seharusnya mendasari cara hidup rakyat Malaysia.


Aspek Kedua – Penerapan Nilai-Nilai Aspirasi

Nilai-nilai Aspirasi yang digagaskan dalam konsep 1Malaysia ialah nilai-nilai yang perlu ada pada masyarakat progresif dan dinamik yang akan memacu negara ke arah mencapai status negara maju. Nilai-nilai aspirasi akan membantu dalam mewujudkan tenaga kerja yang berdaya maju dan mampu bersaing dalam persekitaran global dan ini seterusnya membantu melonjakkan kedudukan ekonomi negara ke tahap yang lebih kukuh dan mantap.

ASAS-ASAS 1MALAYSIA


Perpaduan adalah pra-syarat dalam usaha merealisasikan aspirasi negara iaitu mencapai status Negara Maju menjelang tahun 2020.

1Malaysia adalah penerusan agenda membina Negara.


Perpaduan sememangnya telah membentuk teras utama dalam hala tuju negara menuju kecemerlangan bermula sejak kemerdekaan dicapai. 1Malaysia bertujuan menyemarakkan semula semangat perpaduan dan persaudaraan di kalangan rakyat Malaysia.


Untuk mencapai kemajuan bagi negara, rakyat perlu dimajukan terlebih dahulu, dan ini dimulakan dengan membentuk sikap penerimaan antara kaum, yang membawa kepada perpaduan yang utuh. Apabila perpaduan dicapai, maka urusan pembangunan negara akan berjalan dengan lebih lancar.

KONSEP 1MALAYSIA



1Malaysia adalah satu gagasan bagi memupuk perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, berteraskan beberapa nilai-nilai penting yang seharusnya menjadi amalan setiap rakyat Malaysia. Ia bukan satu dasar baru yang terpisah dari dasar-dasar kerajaan Barisan Nasional sebelum ini, sebaliknya ia merupakan pelengkap kepada pendekatan-pendekatan yang sedia ada untuk mengukuhkan lagi perpaduan bagi menjamin kestabilan, ke arah mencapai kemajuan dan pembangunan yang lebih tinggi bagi rakyat dan negara Malaysia.


Dalam erti kata lain 1Malaysia digagaskan sebagai satu formula yang akan membantu memastikan aspirasi negara, iaitu Wawasan 2020 tercapai jika ia diterapkan ke dalam sanubari rakyat dan diamalkan oleh setiap lapisan masyarakat.

Pengertian ini adalah berdasarkan hujah bahawa untuk mencapai status negara maju sepertimana yang diilhamkan melalui Wawasan 2020, syarat yang paling utama ialah sebuah negara yang kukuh dan stabil dan ini akan hanya dapat dicapai apabila rakyat nya bersatu padu.


Perpaduan yang digambarkan oleh gagasan 1Malaysia amat berbeza dari konsep asimilasi yang diamalkan di negara-negara lain di mana identiti kaum-kaum etnik dilenyapkan dan diganti dengan satu identiti nasional yang sama.

Sebaliknya 1Malaysia menghargai dan menghormati prinsip-prinsip Perlembagaan Persekutuan serta identiti-identiti etnik setiap kaum di Malaysia , dan menganggapnya sebagai satu aset atau kelebihan yang patut dibanggakan.


1Malaysia menekankan sikap penerimaan di kalangan rakyat berbilang kaum, di mana sesuatu kaum menerima keunikan kaum yang lain seadanya agar dapat kita hidup bersama dalam keadaan saling hormat menghormati sebagai rakyat dalam satu negara.


Menjadi asas kepada semua ini adalah prinsip keadilan untuk semua kaum, yang membawa maksud bahawa nasib semua kaum akan terbela dan tiada mana-mana pihak akan dipinggirkan. Keadilan ini mestilah mengambil kira taraf kemajuan kaum-kaum yang berada pada tahap yang berbeza. Oleh itu, dasar-dasar kerajaan dan peruntukan-peruntukan Perlembagaan yang memberikan pembelaan kepada golongan yang memerlukannya, akan tetap dilaksanakan.

1Malaysia adalah penerusan agenda membina negara. Untuk mencapai kemajuan bagi negara, rakyat perlu dimajukan terlebih dahulu, dan ini dimulakan dengan membentuk sikap penerimaan antara kaum, yang membawa kepada perpaduan yang utuh.
Apabila perpaduan dicapai, maka urusan pembangunan negara akan berjalan dengan lebih lancar.

EPISOD PENGENALAN KONSEP 1MALAYSIA


1Malaysia adalah satu gagasan bagi memupuk perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, berteraskan beberapa nilai-nilai penting yang seharusnya menjadi amalan setiap rakyat Malaysia.”


- Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Hj Abd Razak -

Perdana Menteri Malaysia




Ahad, 2009 November 08

TERAS-TERAS PERPADUAN NASIONAL ASAS PERPADUAN SEJAGAT...

Misi nasional agenda penerusan BINA NEGARA harus disebarkan seantero negara untuk melemahkan cabaran terkini penghancuran negara dan bangsa angkara pihak-pihak durjana. Mereka sedar senario tidak harmoni ternyata berpotensi menjejaskan proses kedewasaan Malaysia menuju gerbang Wawasan 2020.

Cabaran besar pengukuhan perpaduan diperincikan melalui penerapan Aspek Pertama Teras-teras Perpaduan seperti berikut:-

1) Penerimaan - menjana sikap bersedia untuk menerima fakta kesediaan untuk hidup bersama dalam keadaan saling hormat-menghormati.

2) Prinsip Kenegaraan yang bertunjangkan Perlembagaan Persekutuan da Rukun Negara.

3) Keadilan Sosial - semua rakyat Malaysia akan terbela dan tiada mana-mana pihak akan dipinggirkan dari segi taraf kemajuan kaum. Pemurnian dasar-dasar kerajaan dan peruntukan-peruntukan Perlembagaan yang membela golongan yang memerlukannya.
.
MAT SIRAT
- ANDA PERNAH MENDENGAR UNGKAPAN PERJALANAN SEJUTA BATU BERMULA DENGAN KEGAGAHAN SATU LANGKAH YANG PERTAMA. PERJALAN MEMBINA DAN MEMPERTAHANKAN KEMAKMURAN NEGARA BERGANTUNG KEPADA KEAMANAN NEGARA. SELAGI ADA PIHAK YANG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB BERPOTENSI MENJEJASKAN PERPADUAN NASIONAL DAN MERENCATKAN PERJALANAN KITA KE GERBANG WAWASAN 2020, SELAGI ITULAH DARAH YANG MASIH PEKAT MENGALIR INI PERLU MENJANA KEKUATAN MENGHANCURKAN ELEMEN-ELEMEN NEGATIF ANTI KEAMANAN DAN ANTI PERLEMBAGAAN.

PENGHAYATAN ATAUPUN PENJIWAAN TERAS-TERAS PERPADUAN (ASPEK PERTAMA YANG MENJUARAI SEBAHAGIAN ASPEK-ASPEK UTAMA 1MALAYSIA) HARUS TERUS DISEMAI AGAR DALAM KONTEKS AGENDA PERDANA MISI NASIONAL PEMBINAAN SERTA PENGUKUHAN NEGARA BANGSA, YANG PIPIH TIDAK AKAN DATANG MELAYANG DAN YANG BULAT TIDAK AKAN DATANG BERGOLEK...

Selasa, 2009 Oktober 27

PEMIMPIN PENDAPAT RAKYAT...

Sekali air bah, semua pasir berubah...

Kesederhanaan dalam serba-serbi kunci kekuatan sesebuah organisasi.

Memang benar! Saya amat bersetuju sekali. Mana mungkin kita akur dengan sentimen yang lebih bersifat ekstremis dalam apa jua agenda sekalipun.

Ada pihak yang menunjukkan UMNO sebagai parti yang dicemari rasuah, pasti menunggu masa yang sesuai untuk ditalkinkan, ujar sesetengah pihak yang sememangnya berjuang atas paksi yang semakin menggugat keyakinan ramai.

Pelik namun tetap ada kebenarannya...

Lebih kurang 2 - 3 minggu yang lepas, UMNO telah digasak dengan hangatnya termasuk ketika PRK N31 Bagan Pinang yang lepas. Pis (Parti Islam SeMalaysia) tidak ketinggalan menajamkan persiapan angkatan sukarelawannya dalam usaha merampas kerusi DUN tersebut dari tangan BN. Namun, takdir mengatasi segala-galanya apabila Tan Sri Isa Samad menang dengan majoriti yang lebih tinggi.

Mungkin kerana tertekan sewaktu musim perhimpunan agung UMNO yang baru sahaja berakhir, Tok Guru Nik telah secara terang-terangan mengisytiharkan bahawa terdapat 4 pemimpin Pis yang ingin dibersihkan kerana lebih mirip kepada perjuangan keramat kerajaan perpaduan bersama UMNO. Barangkali, Tok Guru Nik terpengaruh dengan fungsi EGM MCA tempohari dan beliau ingin mengeluarkan 4 pemimpin Pis yang terlibat (termasuklan Tok Guru Haji Hadi) selama-lamanya dari parti tersebut.

Pada hemat MAT SIRAT, pengalaman memimpin memainkan peranan yang penting dalam pentadbiran sesebuah negara. Walaupun, diberikan peluang (menerusi PRU12 tahun lepas), pakatan pembangkang tidak dapat menjalankan tugasan yang diamanahkan kerana terlalu sibuk dengan bangkangan walaupun dalam 'kem sendiri'. Mereka lebih gemar mengamalkan dasar 'retorik' sahaja dan juga 'retro' kerana gaya kepimpinan yang sememangnya amat memualkan dan tidak bolek dipraktikkan sekarang. Wahai, penentu masa hadapan negaraku Malaysia yang amat dikasihi, sekarang berjuanglah dengan pihak yang sememangnya sinonim dengan kemerdekaan negara sejak dari DULU, KINI DAN SELAMANYA...

PEMIMPIN PENDAPAT RAKYAT... menongkah arus mempertahankan kemerdekaan abadi!